Thursday, 15 November 2012

Majlis Graduasi Pelajar Tahun 6

Tarikh : 07 November 2012
Tempat : Dewan Sri Perintis, SKTNP1

Sekalung TAHNIAH untuk pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Nusa Perintis atas kejayaan dan tamat persekolahan anda di SKTNP. Harapan cikgu agar anda teruskan usaha di peringkat yang seterusnya dan berjaya mencapai matlamat yang telah diimpikan..








Tuesday, 13 November 2012

Mari Berpantun

Pantun Kanak-kanak :-

Layang-layang putus tali,
     Sekali gagal cuba lagi.

Dugong namanya si Tenang,
     Berenang jauh di lautan,
Berlari saya nak menang,
     Gelaran jaguh jaid rebutan.

Kelam-kabut pintu diketuk,
     Rumah menantu bertangga batu,
Kelam-kabut terasa suntuk,
     Baru tahu nilainya waktu.

Daun meranti lebat dipangkal,
     Masak acar buah mengkudu,
Baik pekerti panjang akal,
     Tekun belajar hormatkan guru.

Cabut keledek tanamkan kacang,
     Banyak bekal tanah pun lebar,
Murid cerdik teman berbincang,
     Murid nakal guru bersabar.

Ikan parang masuk pukat,
     Masak pulut ketupat palas,
Minat mengarang kembangkan bakat,
     Jangan takut janganlah malas.

Sotong kereta jari berjala,
     Makan umpan mabuk cahaya,
Bunag sengketa lupakan cela,
     Masa depan tetap berjaya.



Selamat Bercuti

Sesi Persekolahan bagi Tahun 2012 telah pun menutup tirainya.. alhamdudillah segalanya berjalan seperti kehendakNya. Ada di  kalangan pelajar-pelajar SKTNP ini telahpun memulakan pelbagai aktiviti. Tidak terkecuali yang cuti-cuti Malaysia bersama keluarga.Insyallah cikgu turut akan merencanakan aktiviti dikala cuti persekolahan ini. Cuma seminggu dua ini masih dalam kesibukan mengemaskini fail KSSR untuk di bawa ke tahun hadapan. 

Akhir kata, Selamat Bercuti , jaga kesihatan & keselamatan ya..

Sunday, 28 October 2012

Ada apa dengan GURU..


Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru banyak bercakap,
Ada murid bertambah gagap.
Kalau guru menjadi pemudah cara,
Ramai murid pandai berbicara.
Kalau guru mengajar tanpa menilai,
Tak akan tahu murid bodoh dan pandai
Kalau seorang guru berbudi bahasa,
Dikenang murid sepanjang masa.

Selamat Datang

Alhamdudillah akhirnya terbina jua blog Bahasa Melayu saya ini. Biarpun ringkas, namun buat permulaan saya bangga dapat menyiapkannya. Harapan saya, blog ini bisa membantu anak-anak didikku menambahkan pengetahuan dan menggalakkan pembelajaran melalui kemajuan IT.