Peribahasa

Bagai aur dengan tebing
Maksud        : Saling membantu
Contoh Ayat : Farah dengan Hana bagai aur dengan tebing kerana salaing membantu 
                      dalam masalah pelajaran

Bagai anjing tersepit di pagar
Maksud        : Serba salah apabila ditimpa kesusahan
Contoh Ayat : Ah Leng bagai anjing tersepit di pagar apabila terpaksa berhenti sekolah.

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksud        : Tiada permuafakatan dalam amsyarakat, hanya berpegang pada pendapat 
                       sendiri serta melakukan pekerjaan masing-masing
Contoh Ayat : En Rahman menasihati anak-anaknya yang bagai enau dalam belukar, 
                      melepaskan pucuk masing-masing.

Beri betis hendakkan paha
Maksud        : Diberi sedikit hendak lebih pula
Contoh Ayat : Husna berasa agak marah dengan kawan serumahnya yang bersikap beri 
                       petis hendakkan paha.  

Seperti langit dengan bumi
Maksud        : Sangat berbeza
Contoh Ayat : Kita seperti langit dengan bumi dan tidak mungkin bersama," luah Diana.


Malu bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut

Maksud        : Jika malas berusaha sukar untuk mencapai kejayaan
Contoh Ayat : Kita hendaklah berusaha dengan lebih gigih bak kata pepatah malu   
                     bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut




Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Maksud        :  Setiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian juga dan kita 
                       juga haruslah tahu untuk berterima kasih.
Contoh Ayat :  Masyarakat diseru agar mengamalkan kata pepatah orang berbudi kita 
                       berbahasa, orang memberi kita merasa.


No comments:

Post a Comment